Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, 28 December 2011

Kuning!

Kuning bukanlah warna kegemaranku.. Tapi aku kawen pakai baju kuning gak.. Hehe sbb aku rasa warna kuning baju pengantin aku tu cantik sgt.. (hehe cantik ikut mata aku lah). Rumah aku pun bercat kuning.. 






Baby disahkan kena  penyakit kuning. Kasihan baby.. 


Nurse suruh kerap menyusukan baby utk menurunkan bacaan kuning tu. Mcm2 teori keluar utk mengurangkan kuning. Antaranyer:

  1. Jgn ada apa-apa yg berwarna kuning dlm umah.(Alamak takkan nak cat umah kot)
  2. Jemur baby pagi-pagi. (Sekarang musim hujan lak, matahari tak keluar)
  3. Minum susu kambing. (Sana-sini mak cari susu kambing). Rasanya sgtlah tak sedap. Nak termuntah aku minum.
  4. Bagi baby makan anggur hijau.
  5. Beli ubat sensei. Ada 2 jenis ubat: makan dan mandi. Makan aku taknak, so mandikan je..
Lepas mandikan dgn ubat sensei tu, bacaan menurun.. Hehe tak tahulah mmg berkesan atau kebetulan je.. Sebenarnya kasihan sgt kalau baby kena kuning. Kesian tgk tumit kaki yg comel tu dicucuk2 dan ditekan2 utk ambil darah.

Sunday, 25 December 2011

kuasa ibu

Entry ini adalah sambungan drpd entry Dec, 2011: pengalaman bersalin Part 1&2. Pada malam aku sakit nak bersalin, mak berada di rumah. Hubby dan abah pula menunggu di hospital.


Pada waktu aku disuruh utk push oleh nurse, jam lebih kurang 12 mlm, aku tak rasa sakit pun. Seperti ada satu magic yg menghilangkan sakit sblm itu. In fact, aku hampir2 tertidur masa tu hehe dan agak blur apabil disuruh push.


Alhamdulillah bagi aku proses meneran tu dipermudahkan. Sekejap sahaja rasanya.. Keesokan paginya, bila aku dah balik rumah, adik ku mengatakan yg mak membacakan yasin utk aku pd jam 12mlm. Bagi aku ini bukan kebetulan tetapi kuasa doa seorang ibu. Aku sgt2 bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang ibu yg sgt memahami.


Mak, akak sayang sgt kat mak.. 


with nenek







Saturday, 24 December 2011

Menjadi ibu..

Pukul 3 pg, pertama kali menyusukan baby terasa sayu sgt.. Barulah terasa naluri keibuan tu.. Bila keluar dari hospital, abah dan hubby menunggu.. Kesian.. Mesti dah penat menunggu lama.. Abah gembira mendapat cucu pertama.. Hubby pun mengazan dan mengiqamatkan baby..


Baru beberapa jam usianya..
Aku dipindahkan ke wad kedua sbb dah ada kosong.. Dalam wad tak boleh nak tdo sgt walaupun penat.. Baby menangis mintak susu.. Nak angkat baby pun terasa tak berdaya. Tekan buzzer panggil nurse. Nurse smpi dgn berat hati..

Nurse: Kenapa panggil?
Aku: Nak susukan baby. Nak mintak tlg angkatkan baby
Nurse: Awak kena belajar sendiri mcm mana nak angkat baby...(maksud dia takleh manja-manja)
Aku (dlm hati): Teruk tul nurse ni, aku baru 2jam yg lps bersalin, mestilah tak larat..

Nurse kat wad tak best mcm nurse kat labor room. Nurse kat situ baik sgt.. Aku mmg puas hati.

Masa ni aku belajar cara nak menyusukan baby. Hehe masa belajar kat kelas antenatal tu mcm senang je, rupa-rupanya tak semudah itu..

Hari pertama menjadi Ibu lebih kepada aku belajar cara nak memegang baby dan menyusukan baby.. Baby pun sama tgh belajar jgk.. Tp aku rasa dia lg cpt pandai.. Hehe


bonding ibu dan anak

Pengalaman bersalin Part 2

Contraction semakin kuat terasa. Semua doa-doa nak bersalin dah aku baca. Jam 7 malam hubby sampai. Waktu melawat dah abes dah. Nasib baik guard nak bagi masuk.  Bila doc check dah bukak 5cm. Nurse terus nak bawak masuk labor room.. Huhu nasib baik sempat jumpa hubby.

Kat labor room ada aku sorg je time tu.. Masa ni contraction makin kuat terasa dan betul2 menguji keimananku.. Macam2 dlm fikiran.. Ada gak perasaan menyesal knp tak bersalin kat swasta.. Hehe mesti tak sakit kan sbb ada epidural.. Pada satu masa terasa mcm nak give-up sbb tak tahan sakit.. Nurse sgtlah baik dan memberi aku kata2 smgt.. Dia panggil husband utk jumpa aku. Husband pun pujuk2 aku.. Baru lah aku boleh bertenang dan bersemangat semula.. Aku pun baca doa-doa tu semula dgn penuh perasaan.. Pada satu ketika rasa mcm nak tertido.

Pkl 12 nurse ckp teran, awak dan nak bersalin ni.. Aku mcm blur lak time tu.. Masa ni tak rasa sakit dah.. Nurse tnye, nak panggil husband tak? Aku teringat dulu masa ngandung, aku ckp ngn husband nak sgt dia teman aku bersalin.. Tp bila dah smpi masanyer, aku taknak pulak. Aku rasa mcm aku tgh "tak cantik" masa tu.. Hehe tak mahu hubby tgk aku dlam keadaan tu. Nurse mcm tak percaya je aku taknak, 3 kali dia tnye, barulah aku kata bolehlah panggil hubby.

Hubby pun masuk. Cool je dia.. Hehe.. Aku tak igt bpe kali aku teran, baby pun keluar..  Baby keluar je dah kencing kt tgn nurse..Hehe baby dah dpt 1 point dah. Hubby kata lelaki lah.. Aah la.. Aku kan tak scan, tak tau baby ape..






Alhamdulillah... Impianku utk bergelar seorang ibu telah tercapai.

Masa nurse letak kat atas perut, aku mcm tak caya je.. Perasaan aku lebih kepada terkejut.. Pastu aku ckp dlm hati, berat jgk baby ni.. Hehe rambut hitam sgt, putih... Tak tau muka mcm siapa..

Friday, 23 December 2011

Pengalaman bersalin Part 1


Tengah malam terasa sakit perut bermula. Buat2 tak tahu saje.. Pukul 4 baru tertidur. Pukul 7pagi terkejut sbb dah ada tanda nak bersalin. Siap-siap terus pergi Hospital Kluang. Hospital Kluang tengah dalam fasa perpindahan ke hospital baru. Sedih sebab hubby masih kat KL.


Sampai hospital, doc kata dah bukak 2cm. Dia bagi option nak masuk wad atau tgu kat umah.. Pilih dok wad. Maklumlah pengalaman pertama mestilah blur sikit, better dok kat wad. Lagipun dah lps 2 hari due date bersalin.


Doc tnye, awak minum anmum ke?
Aku jwb, aah, saya minum anmum.
Doc: Awak minum anmum, baby besar tau. Dah ada kajian dah... Minum susu biasa pun dah cukup..
Aku (dlm hati): Huhu ada ke patut doc ni ckp camni. Menakutkan aku je ckp baby besar. Kan 1st time nak bersalin ni


Masuk wad duduk wad kelas ke3 sbb penuh. Nevermind lah.. Ramai org tgh menunggu sebelum masuk labor room. Tgu bukak jalan org kata. Jangkaan doc aku bersalin malam tu jugak atau esok. Petang 2x muntah. Nurse kata tu tanda2 nak bersalin. Hubby belum sampai lg.. Sedihnyer.. Dia dah janji dah nak temankan masa bersalin nanti.


Jam 6ptg waktu melawat bermula.. Masa ni contraction dah rasa makin kuat. Pinggang terasa sakit sangat.. Mak ngan abah datang melawat. Mak tlg urut-urutkan pinggang.. Air mata menitis. Mak memujuk supaya bertahan, biasalah kak nak bersalin mmglah camni sakitnya. Mak tak tau sebenarnya aku nangis bukan sbb sakit tp sebab terharu mak dan abah yg menemaniku tanpa jemu..


Waktu melawat dah nak habis. Hubby belum sampai lg.. Nampaknya bersalin sorang2 lah aku..